Monday, February 21, 2011

Situasi 7 : Kerani Sekolah

Proses memilih sekolah untuk dijadikan tempat praktikum pada semester depan menjadi isu hangat kebelakangan ini. Begitu juga dengan diri saya dan rakan yang sama berpraktikum dengan saya iaitu Kon Lee Pei. Untuk mendapatkan kepastian daripada sekolah tersebut, saya dan Kon Lee Pei memberanikan diri untuk menghubungi pihak sekolah sama ada mereka menerima ataupun tidak pelajar yang hendak menjalankan praktikal di sekolah tersebut. Pada mulanya, saya akui memang gugup untuk menghubungi pihak sekolah apatah lagi bertanyakan soalan tersebut. Tetapi saya cuba memberanikan diri juga. Kami telah menghubungi salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak yang namanya terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik sekolah tersebut. Kisahnya bermula :
Saya    : Helo
Kerani : Helo (Dengan nada yang seolah-olah marah dan terpaksa melayan)
Saya    : Boleh saya tahu, ini sekolah ******** ?
Kerani : Ya lah. Ada ape?
Saya yang pada masa itu terus kecut hati dan terkesima sekali dengan jawapan kerani yang menyambut panggilan tersebut. Seolah-olah kerani tersebut terpaksa menjawab apatah lagi dengan bahasanya yang tidak seperti berada dalam sebuah organisasi yang formal dan perlu menghormati setiap pelanggannya. Saya agak kecewa kerana layanan kerani tersebut tidak wajar walaupun kami tidak pernah bertemu antara satu sama lain tetapi biarlah bahasa yang digunakan itu tidak terlalu kasar dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Tambahan pula, pihak yang dihubungi kami merupakan pihak pentadbiran sekolah dan jika ini sikap yang ditunjukkan oleh staf-staf sokongan dalam organisasi sekolah itu, sudah semestinya sekolah yang akan mendapat nama buruk. Sekian.

No comments:

Post a Comment