Monday, February 21, 2011

Situasi 8 : Perkenalan Baru

Sepanjang cuti Tahun Baru Cina beberapa minggu yang lepas, saya mengahabiskan masa bercuti di Ipoh bersama-sama dengan suami. Namun, cerita yang ingin disampaikan ialah berkaitan dengan perkenalan saya dengan seorang gadis Sabah yang pada mulanya saya anggap sombong dan tidak suka bertegur dengan orang lain. Gadis Sabah tersebut merupakan buah hati kepada kawan suami saya dan namanya ialah Emily. Saya sudah lama mengenali Emily tetapi kami langsung tidak pernah bertegur sapa dan sebelum ini hanya lemparan senyum sahaja di antara kami berdua. Namun, perjumpaan suatu hari di rumah abang saya telah menjalin hubungan yang rapat antara kami berdua. Emily rupa-rupanya seorang yang sangat peramah dan mudah didekati. Saya pula tidak berasa kekok untuk melayan setiap pertanyaan yang diajukan olehnya walaupun kadang-kadang sukar untuk difahami loghat Sabahnya yang pekat itu.
Emily : Besar sudah anak kamu Mag. (Tiun dan bunyi loghat Sabah)
Saya  : Ya. Umur dia baru setahun 8 bulan. Tapi dia tue 'chubby' sikit.
Emily : Ya ba Mag.. Geram sa tgk dia. Best kan Mag ada baby yang cute tue. Tapi muka si Xavia tue Mag, sekali macam si Cester.
Saya  : (tergelak) Ko sama Lary bila lagi mok kawen?
Emily : Ermm..tak tau lagi la Mag. Nanti ada juga sa beritahu.
**********(petikan sebahagian daripada perbualan)***********

Melalui perbualan saya dengan Emily, ternyata dapat saya simpulkan bahawa loghat masyarakat Sabah sememangnya pekat sama ada dalam perbualan rasmi atau tidak rasmi. Saya yang berbual dengan Emily turut terikut-ikut dengan bunyi loghatnya yang kadang kala bahasa pula bercampur dengan penggunaan bahasa Inggeris. Begitulah perbualan yang melibatkan individu sehari-harian tanpa kita sedari penggunaan bahasa yang terkeluar daripada mulut kita sendiri. Namun, kemungkinan terdapat perbezaan bahasa jika digunakan dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Dalam erti kata lain, penggunaan bahasa akan berbeza mengikut tempat dan situasi. Walau bagaimanapun, saya gembira kerana dapat berkenalan dengan Emily yang baik dan peramah orangnya.

No comments:

Post a Comment