Sunday, March 6, 2011

Situasi 12 : Penjual Ikan

Buat pertama kalinya pada semester ini saya mengunjungi pasar basah Tanjung Malim. Pada kebiasaannya, saya akan mengunjungi gerai salah seorang penjual ikan yang berbangsa India dan pada hari itu juga saya terus pergi ke gerai beliau. Apabila melihat saya, Pak Cik yang berbangsa India itu seolah-olah terkejut dan sesaat kemudian beliau terus tersenyum. Saya pun bertanya kenapa beliau nampak terkejut dengan kehadiran saya pada masa tersebut. Lantas Pak Cik India terus menjawab :
'Ayoyo...lama sudah tidak nampak adik. Uncle piker adik sudah habis belaja laa. Pak Cik tunggu-tunggu pon u tidak ada mari sini.'
Saya pun hanya tersenyum melihat keramahan beliau. Saya betul-betul tidak menyangka bahawa Pak Cik itu sentiasa menunggu kehadiran saya sebagai salah seorang pelanggan tetap di gerainya. Apatah lagi, walaupun bahasa yang dituturkan oleh Pak Cik yang berbangsa India itu bukan bahasa Melayu yang tinggi, namun sekurang-kurangnya beliau masih menunjukkan ciri-ciri pengguna yang mempunyai kesantunan dalam berbahasa. Saya pula sudah biasa mendengar segala tutur kata beliau yang lemah-lembut itu. Setiap kali ke pekan basah Tanjung Malim itu, saya pasti terlebih dahulu ke gerai Pak Cik India itu kerana saya tertarik dengan penggunaan bahasanya yang lembut dan menghormati orang itu.

( Sekadar gambar hiasan )

No comments:

Post a Comment