Sunday, March 6, 2011

Situasi 14 : Pemandu Kereta Sapu

Manusia di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai ragam dan gaya yang tersendiri. Individu yang berbeza turut menunjukkan perilaku yang berbeza. Kisah yang ingin saya sampaikan ini berkaitan dengan pemandu kereta sapu di sekitar pekan Tanjong Malim. Ada yang baik dan ada yang buruk perangainya. Kisah yang pertama ini merupakan cerita seorang warga emas yang dipanggil sebagai Pak Din. Pak Din merupakan pemandu kereta sewa yang sangat baik dan berbahasa santun orangnya. Pada mulanya saya menggunakan kereta Pak Din, saya rasa takut dan berbagai-bagai perkara yang bermain di dalam fikiran saya. Mana tidaknya apabila sering berlaku perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, Pak Din bukan seperti orang yang dimaksudkan. Beliau sangat menjaga hati pelanggan dan sering mengajak berbual setiap kali saya dan rakan-rakan yang lain menggunakan kereta sapunya untuk ke pekan. Berikut merupakan situasi apabila pertama kali saya menggunakan kereta sapu Pak Din.

Pak Din : Anak datang daripada mana nie bawa barang banyak-banyak?
Saya      :  Saya baru datang dari Grand Union pak cik. Beli barang keperluan.
Pak Din : Hrmmm...kenapa susah-susah bawa barang banyak. Jauh tue dari stesen bas nie.
Saya      : Tue la pak cik. Bukan senang nak suruh pemandu kereta sapu ambil di Grand Union. Terpaksa juga saya bawa dari jauh-jauh nie. Berat la juga.
Pak Din : Lain kali tak payah susah-susah. Panggil saja pak cik. Pak cik akan datang. Biasanya pak cik memang begini. Kalau ada pelajar UPSI, kalau mereka nak singgah sebentar, pak cik akan berhentikan kereta. Yang penting kena jaga hati pelanggan. Baru orang suka kita. Jangan kita marah-marah, tidak utamakan pelanggan.

Perjumpaan saya dengan Pak Din benar-benar mengingatkan saya sewaktu menggunakan kereta sapu salah seorang antara mereka yang berbangsa India. Pak cik tersebut sangat kasar dan mukanya yang ganas betul-betul menakutkan saya. Sikap Pak Din dan Pak cik India itu betul-betul berbeza. Pak cik yang berbangsa India sangat kasar bahasanya dan menyebabkan hati saya menjadi kecut.

Pak cik India : Mahu pergi mana nie ??? ( dalam nada menengking )
Saya             : Mahu balik kolej pak cik.
Pak cik India : Yala saya tahu kolej. Kolej mana?
Saya             : KHAR.
(Pak cik tersebut terus memecut laju keretanya tanpa mempedulikan saya sebagai pelanggannya pada waktu itu.)

Perbuatan yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut sangat kurang ajar. Bahasanya juga membuatkan saya takut dan tidak berani untuk berkomunikasi dengannya lagi jika hendak dibandingkan dengan Pak Din. Kedua-duanya mempunyai perilaku dan bahasa yang berbeza digunakan sewaktu berinteraksi dengan pelanggan.

1 comment:

  1. Saya juga membuat kereta sapu di area tanjung malim..
    Hari bekerja malam sahaja..
    Sabtu & ahad siang malam..
    011-29063938
    0142619692
    Nazrin

    ReplyDelete