Friday, March 4, 2011

Situasi 10 : Pengaruh bahasa Inggeris dalam Bidang Pentadbiran

Kehadiran saya mengikuti perjumpaan dengan Naib Canselor dan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Auditorium pada dua hari lepas, dapat memberikan saya serba sedikit gambaran mengenai penggunaan bahasa dalam kalangan pihak pentadbiran awam. Semasa saya sedang khusyuk mendengar taklimat yang berlansung, tiba-tiba saya terdengar keluar  sepatah perkataan yang berbunyi 'enjakan'. Saya terkedu sebentar apabila mendengar perkataan tersebut muncul daripada pihak yang bijak pandai dan entah bagaimana perkara tersebut boleh berlaku. Perkataan 'anjakan' berubah bunyinya menjadi 'enjakan, seolah-olah ia menggambarkan kepada kita bahawa pihak pentadbiran masih terpengaruh dengan bunyi dalam bahasa Inggeris. Jika dilihat gaya dan pemakaian bahasa yang digunakan oleh perucap pada sesi taklimat tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa golongan ini telah biasa menggunakan bahasa Inggeris sehingga penggunaan bahasa Melayu kadang kala diselitkan dengan bahasa asing. Keadaan ini membuktikan kepada kita bahawa bahasa Inggeris sememangnya masih meluas lagi penggunaannya dalam bidang pentadbiran sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Pengaruh bahasa Inggeris ini bukan sahaja melibatkan perkataan semata-mata tetapi ia turut mempengaruhi nada dan gaya seseorang perucap yang sememangnya sudah sebati dengan penggunaan bahasa Inggeris. Akhirnya, bahasa Melayu akan menjadi mangsa kepada bangsa sendiri. Renungkanlah !

No comments:

Post a Comment