Tuesday, March 8, 2011

Situasi 18 : Tradisi Mengumpat

Dalam perbualan sehari-harian, kita memerlukan bahasa sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Bahasa memainkan peranan yang amat penting. Namun, apa yang ingin diceritakan oleh saya ialah berkaitan penggunaan bahasa yang digunakan oleh sesetengah individu yang menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik seperti menggunakan bahasa untuk tujuan mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kesat. Sudah pasti ia perkara yang sangat menyedihkan. Saya sendiri mengalami peristiwa ini apabila terdengar seorang wanita yang berusia pertengahan menggunakan bahasa yang tidak elok untuk mengumpat. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah panjang yang menjadi tempat kediaman orang Iban. Sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita untuk mengumpat apa-apa sahaja yang membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Kisah yang disampaikan ini berkaitan dengan seorang wanita yang bernama Gelinggi dan Mala yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain. Saya yang berada berdekatan dengan mereka berdua hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap mereka yang tidak pernah hendak berubah.

Gelinggi : Peda d wai anak Indai Mary nya, ngenyala meh nya amat pandai meda ke masuk U?
(Kamu rasa kan, betul ke anak Mak Mary tue pandai sangat? Konon-kononnya dapat masuk universiti.)
Mala : Nya meh wai. Anak ku Jenny nya pandai gik. Nda meh ulih ngau urang masuk U
(Tue lah pasal. Anak saya si Jenny tue lagi pandai daripada anak Mak Mary tue. Tapi tak dapat juga masuk universiti.)
Gelinggi : Masuk u nda meh k confem bulih keja ila.ngenusah kdiri aja nyekul k anak jauh-jauh.
(Masuk universiti pon belum tentu dapat kerja lepas keluar nanti. Menyusahkan saja hantar anak belajar jauh-jauh.)
Mala : Nda ngawa nya wai. Urang gak sigi mayuh duit.
( Tak apa lah.Dia kan banyak duit.)

Saya yang mendengar perbualan mereka berdua hanya menggelengkan kepala sahaja. Saya berasa sangat sedih kerana ada juga manusia yang masih dengki dengan kejayaan orang lain. Hampir setiap masa saya mendengar mereka berdua mencaci, mencemuh dan mengumpat orang yang berada di sekeliling mereka.Sebaik-baiknya, gunakanlah bahasa dengan perkara yang berfaedah dan tidak memburukkan orang semata-mata.

No comments:

Post a Comment