Tuesday, March 8, 2011

Situasi 20 : Anak Buahku

Semester yang berterusan langsung tidak memberikan peluang kepada saya untuk balik seminggu dua ke kampung halaman yang jauh dari pandangan mata. Saya rindu pada orang tua saya, saya rindu anak saya, saya rindu adik-beradik saya dan saya rindu anak-anak buah saya. Apatah lagi, saya jarang-jarang berjumpa dengan kedua-dua kakak saya berikutan kekangan yang tidak dapat dielakkan. Pendek kata, kami semua saling berjauhan dan saling merindui. Petang semalam, saya menelefon kakak saya yang berada di Miri Sarawak. Sempat juga saya berbual dengan anak buah saya yang sangat bijak berkata-kata walaupun umurnya baru mencecah 2 tahun 10 bulan. Anak buah saya yang dipanggil sebagai Didek ini sangat petah bercakap dan seolah-olah saya bercakap dengan kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Kesempatan untuk bercakap dengan Didek di corong telefon betul-betul menghiburkan saya. Berikut merupakan perbualan antara saya dengan Didek.
Saya : Alo Didek..Aunty Sebat tok.. ( Saya menggelarkan diri sebagai Aunty Sebat dengan anak-anak kakak saya.)
Didek : Aunty…nama lama nadai telepon kitu? (Aunty…kenapa lama tak telefon?)
Saya : Lama meh. Aunty busy belajar. Nama pengawa Didek? Bc belaya ngau mamy diak?
( Lama la. Aunty kan sibuk belajar. Didek tengah buat apa? Ada bergaduh dengan mamy tak di sana ? )
Didek : Au aunty. Mamy nya sibuk-sibuk. Laban ya bau sayur. Jiran sepiak nya bau kemi.
(Ada aunty. Mamy tue penyibuk sebab tue dia bau sayur. Jiran sebelah pon sama.)
Saya : (Tergelak besar) didek-didek, lucu mat d tuk.
(Didek-didek,lucu betul la kamu nie.)


Didek memang seorang budak yang pintar. Walaupun usianya masih lagi muda, namun dia sudah pandai berbahasa dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripadanya. Kakak saya iaitu ibunya sendiri turut mengagumi kepintaran anaknya bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.


No comments:

Post a Comment