Tuesday, March 8, 2011

Situasi 19 : Datuk yang Berjasa

Semasa cuti semester yang lepas, saya sempat berkunjung ke sekolah tempat ayah saya mengajar. Sememangnya saya amat janggal berada di kawasan itu, namun saya mengenali penjaga sekolah yang saya panggil sebagai ‘aki’ (datuk) yang banyak memberikan sumbangan yang besar kepada penduduk kampung di kawasan tersebut. Datuk saya itu merupakan ayah mentua kepada pak cik saya yang telah meninggal 10 tahun yang lepas. Walaupun pak cik saya telah lama meninggal dunia, namun kami tidak pernah terputus hubungan dengan saudara sebelah mak cik saya. Kebetulan pula ayah saya ditempatkan mengajar di kawasan kampung  tersebut. berbalik semula kepada datuk saya itu, beliau merupakan ketua kampong yang dihormati di kawasan tersebut. Jasanya sangat besar kepada penduduk apabila sanggup mendermakan tanah untuk dijadikan bangunan sekolah. Saya amat mengagumi datuk itu kerana sanggup berkorban untuk melihat anak bangsanya sendiri maju seperti orang lain juga. Seperti biasa, keramahannya untuk menegur sesiapa menjadikan beliau merupakan individu yang mudah didampingi dan seronok diajak berbual. Ketibaan saya di sekolah tersebut seolah-olah dinantikan oleh datuk tersebut. Dari jauh lagi beliau tersenyum manakala saya pula memang sudah bersedia untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh datuk saya yang peramah ini.
Datuk : Ucu, kemaia d pulai sekul ri menua jauh? Lama amat nda meda kitak.
(Cucu, bila balik bercuti nie? Lama sangat tidak berjumpa dengan kamu semua.)
Saya : Empai lama dah datai ba menua meh tuk aki. Cuti panjai kami. Nama berita d aki? Gerai d nyaga sekul ditu?
( Baru je balik beberapa hari yang lepas. Cuti panjang. Datuk apa khabar? Sihat ke sambil jaga sekolah nie?)
Datuk : Gerai semadi meh tuk ucu. Gaga ku meda kitak pulai ucu. Belajar jauh-jauh asal meh ila nyadi urang menyana. Ulih ngemaju k bansa kitai empu.
( Sihat macam nie la. Datuk gembira tengok kamu balik. Walaupun belajar jauh-jauh di tempat orang, tak apa lah cucu. Yang penting, bila dah keluar nanti, kamu jadi orang yang berguna, jadi bangsa yang maju.)
Saya : Au aki. Aku sigi enda ngasuh kitak semua asa ngapa.
( Baik datuk. Saya pasti tidak menghampakan kamu semua.)

Begitulah datuk saya itu. Beliau sangat mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan cucu-cucunya. Sikapnya yang peramah bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga dan saudara yang terdekat sahaja, namun beliau sentiasa peramah dengan semua orang dan menggunakan bahasa yang sopan dan lembut ketika berbicara dengan orang. Justeru, tidak hairan beliau sangat dihormati penduduk kampung serta guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Seharusnya sikap dan perilaku datuk tersebut perlu dicontohi oleh semua pihak.


No comments:

Post a Comment