Thursday, March 10, 2011

Situasi 22 : Makanan rumpai laut. (Seaweed)

Hampir setiap hari, kebanyakan kelas kami diadakan di Proton City yang tempatnya agak jauh daripada kolej kediaman Ungku Omar dan Harun Aminnurrashid. Suatu pagi yang cerah semasa saya dan dua orang kawan saya berada di dalam bas yang akan bergerak ke Proton City pada pagi itu, seorang kawan saya yang bernama Christina Hulo membawa sebungkus makanan yang di dalamnya terdapat lagi bungkusan-bungkusan yang lebih kecil. Makanan tersebut merupakan produk yang dihasilkan daripada rumpai laut. Saya sememangnya tidak minat untuk memakan makanan rumpai laut itu. Kawan saya Christina pula tidak habis-habis memuji makanan tersebut sedap dimakan. Saya pula hanya menggelengkan kepala. Dia berterusan memujuk sehingga terkeluar ayat tersebut :
“Bie, cuba d try. Sedap.”
Saya yang terus menangkap kata-katanya itu terus tergelak. Kemudiannya saya menjawab.
“Cuba ngau try nya kan sama maksud.Lucu mat d tuk.” (Cuba dan try tue kan mempunyai maksud yang sama. Lucu la awak nie.)
Christina pun turut ketawa selepas itu. Sehingga sampai di Proton City, dia berterusan memakan makanan itu. Sedap katanya !
                     


No comments:

Post a Comment